Monday, December 20, 2010

Renung-renungkan...

Belajar Cara Sistem PQRST
Sistem PQRST adalah suatu cara yang diperkenalkan oleh EL Thomasdan Ha Rabinson dalam buku   mereka yang bertajuk “Improving Reading In Every Class”. Berikut adalah lima   item yang menjadi   tunjang sistem ini.
(a) Preview ( mengimbas Tajuk-tajuk Penting )
Dalam item ini pelajar disarankan agar melihat tajuk utama dalam sesuatu bab dan   seterusnya melihat tajuk-tajuk kecil yang menjadi rangka dalam menggambarkan maklumat atau   isi penting dalam keseluruhan bab.
(b) Question ( Menyoal )
Daripada rangka ini, bina soalan yang boleh membantu anda mencari isi penting. Dengan   cara ini anda boleh mengingati sesuatu dengan lebih jelas.
(c) Read ( Membaca )
Membaca sesuatu tajuk akan menjadi lebih bermakna kerana setiap ayat menjawab soalan   anda sendiri dari rangka topik
(d) Self-Recitation ( Menyebut Satu Persatu )
Apabila anda sudah membaca, anda perlu mencatat atau melakar sesuatu gambarajah   berkaitan dengan apa yang difahami. Kemudian baca isi penting itu semula tanpa melihat nota   yang telah anda catatkan.
(e) Test ( Ujian )
Untuk memastikan anda sudah memahami dan mengingati fakta sebaiknya, anda perlu membuat penilaian kendiri. Dua cara boleh dilaksanakan iaitu melaksanakan ujian-ujian tahun   lepas tanpa melihat rujukan dan menggunakan teknik soal jawab dengan bantuan rakan.
Bahan ini diterjemah dari:
Improving Reading In Every Class
Ditulis oleh: El Thomas dan Ha Rabinson
Rahsia Kejayaan
  1. Doa dan Niat
  2. Aturkan Sasaran, Cita-cita dan Matlamat
  3. Rancangan atau Pelan Tindakan
  4. Taat, Yakin dan Cintai Ilmu
  5. Usaha yang Berkekalan

No comments:

Post a Comment